
Monday, 13 March 2017 | 0 Superman(s)

Malaysia salah satu negara yang mempunyai pelbagai kaum.Merujuk sejarah beratus-ratus tahun dahulu. Berdepan dengan persoalan hubungan etnik dan cabarannya.Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan kaum dan cabarannya,persoalan latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembawaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami.
Hubungan kaum yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, dan kaum. Persoalan hubungan kaum perpaduan amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Perpaduan amat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian kaum.
Namun, krisis yang berlaku pada tahun 1969(peristiwa 13 mei) mencerminkan rakyat malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat negara ini dalam mewujudkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.
PUNCA PUNCA BERLAKUNYA PERKAUMAN
Perbezaan latar belakang
Semasa dasar penjajahan British, Tanah Melayu tidak mempunyai sistem pendidikan yang jelas, penjajah British tidak mengambil peduli tentang dasar pendidikan yang lahir di Tanah Melayu, mereka hanya mengambil berat dan memajukan sekolah aliran Inggeris dengan pelbagai kemudahan prasarana yang serba sempurna. Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada sifat perkauman diantara ketiga-tiga etnik ini semakin menebal.
Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.Sekolah cina dan india pula berkiblatkan negeri asal mereka,sukatan pelajarn juga dibawa dari negara mereka.Jadi terdapat perbezaan pemahaman disitu.
Perbezaan Agama dan Budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragam islam manakala cina beragam buddha dan india pula beragama hindu. Terdapat juga yang menganut beragama kristian di Malaysia. Ketidakseimbanagan ini meyebabkan setiap kaum berasa cemburu antara satu sama lain. Masalah ini datang bukanlah daripada perbezaan agama tapi daripada kejahilan agama masing masing. Inilah antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei.
Masalah Ekonomi
Kegiatan ekonomi yang berbeza telah menyebabkan jurang pendapatan yang berbeza dan menimbulkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain secara tidak langsung. Ketidakseimbangan ini jugalah yang menyebabkan setiap kaum saling mencemburui. Orang cina memcemburui kelebihan orang melayu manakala orang melayu mencemburui kemewahan orang cina.
CARA CARA MENGATASI PERKAUMAN
- Perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri.
- Program yang dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan. Program seperti “Program 1 Malaysia”, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang lain perlu diperbanyakkan.
- Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara.
- Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain.
- Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.
KESIMPULAN
Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan. Ia perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen perkauman dan agama. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar. Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.