
Saturday, 11 March 2017 | 0 Superman(s)

Pengertian khurafat
- Khurafat secara bahasa berarti takhayul, dongeng atau legenda
- Dalam kamus munawir khurafat diertikan dengan: hal yang berkenaan dengan kepercayaan yang tidak masuk akal (batil)
Pengertian khurafat dalam Islam
Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam .
Berdasarkan pengertian di atas, khurâfat mencakup cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat.
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar." Surah al-Nisa’, ayat 48
Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Firman Allah:
وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادهم رهقا
Maksudnya
Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-Jin 72: 6)
Contohnya,
kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya.
Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya.
Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan).
Contoh dalam filem
Kebanyakkan filem seram di Malaysia menunjukkan amalan-amalan khurafat kepada khalayak ramai seperti amalan menyembuhkan penyakit dengan berjumpa dengan bomoh bagi meminta untuk disembuhkan. Sebagaimana yang diketahui amalan ini memerlukan komunikasi antara manusia(bomoh) dan jin atau syaitan.
Amalan seterusnya adalah melalui filem ‘Ngangkung’ di mana amalan memuja di kawasan tanah perkuburan untuk meminta petunjuk mengenai nombor ekor. Tiga watak utama filem tersebut bersama bomoh telah menjalankan amalan tersebut di sebuah kubur lama dengan beberapa jenis jampi.
BEBERAPA ASPEK YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM DALAM FILEM YANG DIKAJI
Filem Khurafat Dalam filem ini, wujud dialog di antara Aishah (isteri Johan) dengan ibu mertuanya bahawa roh orang yang mati kerana bunuh diri tidak akan tenteram selagi mana hajatnya tidak 481 tercapai (Pemerhatian pada durasi 6:27). Hal ini jelas dapat dilihat, wujudnya unsu-unsur tahyul dan khurafat yang bertentangan dengan hukum Islam untuk dipercayai. Akan tetapi, melalui penontonan filem ini sedikit sebanyak mampu mempengaruhi dan meracuni pemikiran penonton sekaligus dapat memesongkan akidah mereka. Selain itu juga, wujud suatu adegan di mana bomoh yang dijumpai oleh Johan untuk meminta pertolongannya bagi mendapatkan Anna memberi peringaran kepada Johan supaya tidak sesekali Johan mengabaikan Anna kerana seandainya johan mengabaikannya, hidup Johan tidak akan tenteram (Pemerhatian pada durasi 1:05:39). Hal ini kerana benda tersebut akakn kekal denga Johan sehingga mati. Melalui peringatan ini, jelaslah bahawa Johan telah membuat perjanjian dengan syaitan. Perkara seperti ini adalah syirik dan jelas dilarang oleh Allah iaitu dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu. Kesimpulannya, filem ini jelas menunjukkan wujud unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam. Isu ini amat penting dan sangat perlu diambil peduli kerana ianya berkait dengan akidah seseorang Muslim dan mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi minda penonton.
Filem Sumpahan Kum-Kum
Berdasarkan pemerhatian terdapat beberapa unsur yang bertentangan dengan akidah Islam yang terdapat dalam filem ini. Antaranya ketika mana watak Shima dibunuh oleh Mila di dalam sebuah tandas di satu hentian rehat sebagai syarat bagi mengembalikan kecantikan wajahnya dengan meminum sembilan darah anak dara sunti (Pemerhatian pada durasi 04:48). Hal ini jelaslah, wujud unsur-unsur yang bercanggah dengan agama Islam. Wujud unsur syirik, yang mana mereka meminta pertolongan dengan syaitan bagi mendapatkan sesuatu. Walhal, dalam Islam seseorang itu diminta untuk memohon kepada Allah S.W.T apabila berhajat kepada sesuatu. Begitu juga unsur perjanjian yang dibuat oleh Mila dengan syaitan yang mana mersakkan dirinya sendiri. Unsur-unsur ini adalah sesuatu yang merbahayakan penonton yang menonton filem ini, kerana mereka cenderung untuk mengikuti dan meniru tindakan yang diambil oleh watak dalam filem ini. Justeru itu, para pengarah filem yang ingin menerbitkan filem-filem berunsur seram haruslah mendapatkan pandangan para agamawan bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah dalam filem tersebut.
Filem Nongkrong Melalui filem Namgkrong
Terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam. Antaranya upacara yang dilakukan oleh seorang bomoh handal (Azlee) dengan menyeru atau memanggil jin (Puteri Laut) bagi memenuhi permintaan tiga orang pemuda iaitu Aman, Bada dan Cumi bagi memperolehi nombor ekor (Pemerhatian pada durasi : 0:13- 0:18.Trailer) setelah mereka menyatakan hajat mereka, puteri laut tersebut bersetuju dengan mengenakan syarat bahawa salah seorang daripada mereka iaitu Bada perlu mengahwininya. Lalu, Bada bersetuju setelah melihat kecantikan dan kejelitaan puteri tersebut. 482 Di sini, dapat dilihat bahawa tiga unsur yang bertentangan dengan akidah iaitu, syirik ketika mana ketiga-tiga pemuda tersebut meminta bantuan jin dalam mendapatkan wang. Seterusnya, mereka juga telah membuat perjanjian dengan syaitan bagi memperolehi nombor ekor yang mana perkara seperti ini adalah jelas bertentangan dengan hukum Islam. Terakhir, hal berkaitan dengan perjanjian perkahwinan di antara manusia dan jin. Islam melarang keras sama sekali terhadap perkahwinan sedemikian.
UNSUR-UNSUR YANG WUJUD DALAM FILEM SERAM
(Perbomohan)
Setelah diteliti, didapati bahawa unsur perbomohan di dalam filem ‘khurafat’ adalah merupakan unsur yang paling utama dan menonjol dan ia merupakan salah di sisi hukum syarak serta bertentangan dengan akidah. Di dalam filem ini, unsur perbomihan ditonjolkan ketika mana Johan membomohkan Anna (bekas kekasihnya), bagi mendapatkan perhatian dan rasa tercabar di atas penolakan Anna terhadap dirinya sebelum ini. Johan mendapat khidmat bomoh dengan mengenakan minyak senyonyong/minyak dagu yang diperolehi daripada seorang mayat lelaki. Bomoh tersebut mengingatkan Johan bahawa roh yang terdapat dalam badan Anna adalah daripada mayat lelaki tersebut. Oleh itu, unsur perbomohan di dalam filem ini adalah menyalahi dengan etika perbomohan Islam yang sebenar serta hukum syarak dan telah bertentangan dengan akidah Islam. Selain itu, terdapat juga unsur-unsur penggunaan jampi serapah oleh bomoh yang tidak dapat difahamai makna bacaannya. Dalam filem tersebut, semasa ritual pemujaan dijalankan, bomoh tersebut akan embaca mantera dan jampi yang bertujuan menyeru “benda” yang dibelanya bagi meminta bantuan dalam menjayakan agenda mereka itu. Dalam Islam, jampi yang dibenarkan adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya atau apa sahaja yang sabut dengan al-Sunnah, jampi yang digunakan juga mestilah dalam Bahasa Arab dan diketahui maknanya. Selain itu, ia juga tidak boleh beriktikad bahawa jampi itu memberi kesan manfaat dengan sebab dirinya sendiri, bahkan wajib beriktikad ia dengan takdir Allah S.W.T. jampi yang diharamkan ialah jampi yang mengandungi doa atau permintaan dan minta perlindungan dengan makhluk selain Allah S.W.T. ataupun jampi yang disebut nama-nama syaitan. Begitu juga haram jampi yang mana penjampinya/bomoh beriktikad bahawa jampi itu 480 mempunyai kuasanya sendiri tanpa keizinan Allah S.W.T. (Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani 2008: 24-25).
(Khurafat Dan Tahyul)
Unsur-unsur khurafat dan tahyul ini jelas dalam filem “khurafat” dan “sumpahan kumkum”. Dalam filem khurafat, unsur khurafat yang jelas dapat dilihat adalah ketika mana watak Johan yang perlu menghantar jenazah Anna (bekas kekasihnya) yang mati kerana membunuh diri ke kampung. Dalam perjalanan penghataran jenazah tersebut, tiba-tiba radio yang sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran terhenti, sejurus itu, pemandu van tersebut menoleh ke belakang dan mendapati jenazah Anna berada disebelahnya dan mengakibatkan kemalangan. Setelah kematian tersebut, Johan dikejar oleh Anna bagi menuntut janji Johan untuk bersamanya. Unsur-unsur khurafat dalam filem ini mampu memomokkan pemikiran penonton bahawa setiap jenazah atau mayat individu yang telah meninggal dunia boleh dihidupkan semula. Hal ini secara tidak langsung mengakibaTkan masyarakat takut mendekati jenazah dan menyakini bahawa setiap jenazah yang meninggal akibat disihir akan menjadi pocong bagi menuntut bela. Begitu juga dalam filem Sumpahan Kum-Kum yang mana Mila menemui Mak bagi menghilangkan jerawat-jerawat di mukanya kerana malu dengan ejekan rakan-rakan di tempat kerjanya. Setelah itu Mak Mah mandikan Mila dengan air bunga dan kemudiannya memasukkan susuk di mukanya dengan syarat Mila tidak melihat cermin selama 44 hari. Semua amalan-amalan ini adalah bertentangan dengan apa yang diajarkan di dalam Islam. Islam mengajar umatnya bahawa setiap hajat atau pertolongan hendaklah dipohon kepada Allah. Malahan, dituntut untuk berusaha dan berikhtiar untuk mengubati penyakit yang dialami, akan tetapi haruslah menepati garis panduan syarak dan tidak menyekutu Allah dengan sesuatu.
( Menyeru Roh Atau Hantu)
Amalan dalam menyeru roh dan hantu (Abdulfatah Haron Ibrahim 2002: 157-158) sebenarnya bukanlah datang daripada si mati, tetapi ia adalah merupakan seruan kepada jin. Hal ini adalah disebabkan jin boleh menyerupai dan memasuki badan manusia serta mengeluarkan suara-suara tertentu dan aneh, seperti yang dapat dilihat dalam filem Nangkrong. Iaitu ditonjolkan adegan bomoh handal yang telah ditemui oleh Aman, Bada dan Cumi dengan menyeru “Puteri Laut” bagi memperolehi nombor ekor. Kebiasaan masyarakat pada hari ini gemar memohon bantuan melalui perantaraan seperti mana memuja kubur-kubur dan sebagainya bagi memperolehi kepentingan dan tujuan tertentu.
ISU :
1 1) Filem “Hantu Bonceng” yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonanya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjiddan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan dirasuk.
2 2) Akhbar Berita Harian melalui kolum nasionalnyapada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk “Ustaz bukan penghalau hantu: Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul”. Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama. Beliau mengatakan bahawa “pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata”. Manakala bagi pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah dalam berita yang sama berkata “Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hatntu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam”.
3 3) Terdapat satu babak dalam filem “Maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan seksaan-seksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan menganggap seksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti digambarkan.
CARA PENYELESAIAN MASALAH
11) Bagi mengatasi amalan khurafat, kita haruslah memulakan dengan pengukuhan institusi pendidikan (tarbiyah) iaitu dengan memberi pendidikan islam secara meluas kepada golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pendidikan yang dimaksudkan perlu berjalan secara formal iaitu melalui kelas-kelas pengajian atau tidak formal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan permasalahan masyarakat. Peranan mendidik ini perlu dipikul oleh badan-badan kerajaan, bukan badan kerajaan dan masyarakat yang berkelayakan dan berkemampuan.
22) Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar berperanan secara menyeluruh dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa adalah menghapuskan tempat atau lokasi yang dijadikan kawasan permujaan, mengawasi sesuatu tempat yang dijadikan lokasi menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.
33) Para pendakwah, penceramah dan orang-orang yang berilmu perlu memberi pejelasan dan penerangan yang lebih efektif kepada umat Islam tentang keburukan amalan khurafat dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Dengan ini, masyarakat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang amalan khurafat ini yang boleh membatalkan iman seseorang. Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai amalan khurafat dalam program ajuran Bahagian Dakwah dan Bahagian Media Elektronik JAKIM.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hendaklah mengawal penerbitan filem-filem yang berunsur khurafat yang dimana boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton. Pihak kementerian juga perlu menguatkuasakan undang-undang Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi Multimedia (1998) supaya akta-akta tersebut memberi impak yang positif terhadap industri perfileman dan juga kepada penonton.
Antara contoh perbuatan khurafat ialah :
· 1) Menanam sebatang pokok pisang di halaman atau rumah yang baru selesai dibina dianggap dapat membawa sial pada penghuni rumah itu.
· Jika bunga ditanam ditempat berdaun lebat dianggap dapat memiliki banyak rezeki.
· 2) Jika sebatang pokok beringin yang ditanam di halaman istana tumbang, hal ini pertanda akan terjadi penggulingan pimpinan negara.
· 3) Jika bunga teratai berkembang, hal ini pertanda bahwa dewa-dewa turun memberkatinya. Orang India mempersembahkan bunga teratai putih untuk Dewa Syiwa, bunga teratai merah untuk Dewa Brahma, dan bunga teratai biru untuk Wishnu.
· 4) Orang-orang Budha beranggapan bahwa jika bunga teratai tengah berkembang berarti roh-roh Budha tengah bersukaria.
· 5) Orang-orang China beranggapan bahwa dengan membuat bubur kacang merah pada sembahyang Tang Ceh, roh-roh jahatpun akan pergi terusir.
· 6) Cabai merah disajikan ketika terjadi hujan berhari-hari. Mengapa? Karena mereka menganggap dengan itu hujan akan cepat berhenti.
· 7) Jika terjadi musim penyakit, ditaruhlah bawang merah, lempuyang, dan sejenis rumput agar roh-roh pembawa penyakit tidak mendekati rumah.
8)Orang-orang China pada upacara Peh Cun menaruh rumput Ciang Pow (Acerus Calamus) di atas pintu, agar roh orang suci yang membunuh diri turun memberkati si empunya rumah.
8)Orang-orang China pada upacara Peh Cun menaruh rumput Ciang Pow (Acerus Calamus) di atas pintu, agar roh orang suci yang membunuh diri turun memberkati si empunya rumah.
· 9) Jika sebatang pohon Natal dipasang ditengah rumah, dianggap roh Yesus akan turun memberi pengampunan.
Secara rumusnya, kami telah memperolehi pelbagai pengajaran dan sedikit pengetahuan tambahan yang baik daripada kajian ini. Antaranya, kita sebagai umat islam sememangnya diwajibkan bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas berusaha bersungguh sungguh dalam setiap perkara yang dihajati. Terutama sekali dalam melakukan tugas-tugas harian sebagai Khalifah di muka bumi ini. Sebagai contoh, pengajaran yang dapat saya petik daripada sebuah filem di Malaysia bertajuk "MUNAFIK". Perwatakan Ustaz Adam iaitu beliau sentiasa bertawakal kepada Allah sama ada berada dalam keadaan susah mahupun senang.
Di samping itu, kita hendaklah percaya bahawa meminta bantuan kepada makhluk lain selain Allah seperti Jin dan Syaitan akan memberikan kesan yang memudaratkan dan bukannya memperoleh manfaat dari apa yang diminta. Hal ini kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah malah tindakan ini akan mengakibatkan pemikiran umat islam terbelenggu dalam akidah yang sesat. Contohnya, melalui perjanjian Syaitan dan Iblis dalam lakonan Pak Osman, beliau telah menggunakan hatinya terhadap ustaz Adam.
Tambahan pula, sebagai anggota masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran, kita seharusnya sentiasa tegas dalam soal membanteras dan membendung masalah yang berkaitan dengan pengamalan unsur-unsur khurafat dalam kalangan masyarakat. Segala kegiatan khurafat yang berlebihan dalam industri perfileman perlulah dielakkan dan dihapuskan. Mungkin perkara ini tidaklah memberi impak yang besar dalam dalam keseluruhan masyarakat tetapi jika dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan buruk kepada keseluruhannya terutama kepada golongan bawah umur yang begitu taksub dengan ajaran baru yang dilihat mereka. Begitulah ada akta yang menggalakkan bimbingan ibu bapa kepada golongan bawah umur ini. Firman Allah ada menyebut " Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah yang tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang yang zalim".-Surah Yunus ayat 106- Maka dengan itu seharusnya kita lebih berwaspada dalam penghasilan filem yang berunsurkan khurafat tanpa tapisan dari pihak berkuasa akan tersebar meluas dalam negara.
Akhir kalam, kita haruslah berpegang dengan amar makruf nahi mungkar . Kita juga sepatutnya berpegang teguh dengan ajaran Al-quran dan Assunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai Khalifah di bumi Allah ini, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat dengan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan khurafat. Oleh itu, dalam kita berseronok dalam mengejar hiburan duniawi,perlu kita ingat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh melalaikan kita apatah lagi merosakkan akidah kita sebagai umat islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tidak seharusnya kita melanggar batas yang telah disyariatkan oleh Islam. penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong mahupun menimbulkan kekeliruan terhadap orang yang menontonnya kelak. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah S.W.T. Ingatlah bahawa Allah S.W.T merupakan pencipta sekalian makhluk.
Rasulullah SAW melarang berjumpa dengan tukang tenung (kuhhan) dalam sabda bermaksud:
"Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam". (Hadis riwayat Tabarani)
"Maha suci Dia, Apabila Dia telah
menetapkan sesuatu, maka Dia hanya
berkata kepadanya:
"Jadilah", maka
jadilah ia"