<


//devoted soul !

//01



Home bosses credits Linkies




KONSEP PERSAUDARAAN
Saturday, 11 March 2017 | 0 Superman(s)
  



        Secara umumnya, persaudaraan (ukhuwwah) merupakan asas kepada kesatuan umat manusia dalam sesebuah entiti masyarakat. Citra dan hati budi seseorang itu bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit, keturunan, pangkat atau hartanya, tetapi diukur berasaskan ketinggian budi pekerti yang terpuji. Dalam kerangka persaudaraan ini, interaksi sosial sesama manusia perlu mengikut adab-adab yang telah digariskan oleh Islam. Bagi mencerminkan persaudaraan menurut lunas-lunas syara’ maka konsep persaudaraan ini perlu didasari dengan ikatan akidah yang luhur dan mantap.

          Oleh yang demikian, konsep persaudaraan yang berteraskan ikatan rabbani menjadi asas dan instrumen yang efektif kepada perpaduan seluruh umat Islam. Ini kerana, ikatan rabbani bersifat universal dan bersifat kualitatif tanpa mengira perubahan masa dan zaman. Pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda telah berjaya membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Baginda telah memainkan peranan penting dalam mengimbangi hubungan intergrasi yang bersepadu antara masyarakat Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani.

          Antara objektif konsep persaudaraan ini adalah bagi memenuhi konsep saling lengkap melengkapi sesama insan dalam suasana yang harmoni. Sekiranya dibuka lipatan sejarah permulaan Islam, dinukilkan konsep persaudaraan yang ditunjukkan oleh golongan Ansar dan golongan Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah Kubra. Peristiwa ini perlu dihayati dan diperhalusi dalam membentuk kerangka prinsip persaudaraan oleh masyarakat Islam kini. Kepentingan konsep persaudaraan sangat ditekankan kepada umat manusia dalam mengimbangi tuntutan hablu min al-Allah (hubungan dengan Allah) dan hablu minannas (hubungan sesama manusia).

          Justeru itu, sekiranya manusia menghayati konsep persaudaraan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, maka ia akan melahirkan sebuah peradaban manusia yang unggul. Sebagai natijahnya, ia akan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan akhirnya akan membentuk bangsa yang kuat. Antara sebab kejatuhan kegemilangan tamadun silam adalah disebabkan tidak ada kesatuan sesama Islam. Umat Islam pada ketika itu, dibelenggu dengan krisis sentimen aliran mazhab. Masing-masing cuba menonjolkan kewibawaan pendapat pelopor mazhab yang didokong, dan akhirnya wujud perpecahan sehingga mengeruhkan perpaduan di kalangan umat Islam.

          Umumnya, di Malaysia masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, peringkat usia, taraf kedudukan, pangkat dan kebolehan ilmu pengetahuan serta pelbagai sistem agama dan kepercayaan. Bagi menjamin dan menjaga keharmonian institusi masyarakat, setiap anggota dalam masyarakat perlu memahami konsep dan peraturan hidup bermasyarakat.




       Punca-punca putusnya tali persaudaraan 


Hal-hal yang dapat merosakkan tali persaudaraan di antaranya adalah;

1. Tamak dan rakus terhadap dunia, terhadap apa-apa yang dimiliki orang lain.
Rasulullah saw. Bersabda, "Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu."(HR Ibnu Majah). Jika kamu ditimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta balasan.

2. Maksiat dan meremehkan ketaatan.
Jika di dalam pergaulan tidak ada zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persaudaraan  itu telah putus disebabkan oleh kerasnya hati dan hal itu boleh mengakibatkan terbukannya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah saw. Bersabda, "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzalimi dan tidak menghinakannya. Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya."(HR Ahmad).

 3. Tidak menggunakan adab yang baik ketika berbicara.
Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaklah seseorang itu memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman, "Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, 'hendaklah mereka mengucapkan kata-kata yang lebih baik (benar). Sesungguhnya setan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia'."(Al-Isra: 53).

4. Tidak memberi perhatian apabila seseorang itu berbicara dan memalingkan muka darinya.
Seorang ulama salaf berkata, "Ada seseorang yang menyampaikan hadis sedangkan aku sudah mengetahui hal itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara."

5. Banyak berdebat dan berbantah-bantahan.
Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan setan. Dengan alasan mempertahankan akidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah saw. Bersabda, "Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya."(HR Bukhari dan Muslim). Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka menggelar perdebatan. Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang bodoh, dan kepada ahli bida’ah, hal itu tidak masalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka hal itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, hal itu malah menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan.

6.Berbisik-bisik (pembicaraan rahsia)
Berbisik-bisik adalah merupakan hal yang tidak baik tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan.  Allah swt. Berfirman, "Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari setan, supaya orang-orang yang beriman berduka cita…."(Al-Mujadalah: 10).


Laknat bagi Orang yang Memutuskan Tali Silaturahim






Image result for majalah asuh godaan syaitan




       Berikut merupakan kesan yang ditimbulkan jika Silatuhrahmi diantara sesama manusia telah terputus. Dan hal tersebut akan berpengaruh kepada dunia dan akhirat kelak. diantaranya, :
Pertama
Segala amalnya tidak berguna dan tidak berpahala. Walaupun kita telah beribadah dengan penuh keikhlasan, siang dan malam, tetapi bila kita masih memutus tali silaturahmi dan menyakiti hati orang-orang Islam yang lain, maka amalannya tidak ada                                                                                           artinya di sisi Allah SWT.
Kedua
Amalan salatnya tidak berpahala. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat 5 macam orang yang salatnya tidak berpahala, yaitu: Istri yang dimurkai suami karena menjengkelkannya, budak yang melarikan diri, orang yang mendendam saudaranya melebihi 3 hari, peminum khamar dan imam salat yang tidak disenangi makmumnya.”
Ketiga
Rumahnya tidak dimasuki malaikat rahmat. Sabda Raslullah SAW: “ Sesungguhnya malaikat tidak turun kepada kaum yang didalamnya ada orang yang memutuskan silaturahmi.
Keempat
Orang yang memutuskan tali silaturahmi diharamkan masuk surga. Sabda Rasulullah SAW: “Terdapat 3 orang yang tidak akan masuk surga, yaitu: orang yang suka minum khamar, orang yang memutuskan tali silaturahmi dan orang yang membenarkan perbuatan sihir.
Dengan Demikian, Sangatlah kita harus menjaga tali silatuhrahmi di antara sesama manusia, serta tetaplah menjaga tali persaudaraan kita agar menjadi Hamba Allah SWT yang dicintainya.

  HIKMAT PENSYARIATAN PERSAUDARAAN

Hubungan persaudaraan adalah hubungan untuk menyebar kasih sayang dan kecintaan bukan kebencian antara sesama orang yang beriman. Mereka yang mengutamakan hubungan silaturrahim memiliki banyak kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt. Antaranya :

1.Hikmah persaudaraan ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw bersabda dengan maksud:

“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim)”

2. Selain melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, jalinanpersaudaraan juga akan membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu di kalangan ahli keluarga. Hubungan baik ini juga membolehkan berlaku perkongsian ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan yang akhirnya diberi jaminan syurga oleh Allah swt.




Kesimpulannya...

Penerapan nilai dan etika persaudaraan sebagaimana yang dituntut oleh ajaran Islam dapat mengeratkan perpaduan dan keutuhan dalam komuniti masyarakat. Perpaduan merupakan paksi utama kepada kesatuan dan akan melahirkan generasi bersatu padu dalam kelompok masyarakat yang progresif dan dinamik. Justeru itu, dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai variasi kaum, agama dan bangsa penerapan nilai-nilai murni sebagaimana yang yang dianjurkan oleh ajaran Islam perlu dihayati dan diasimilasikan dalam realiti masyarakat majmuk. Oleh yang demikian, sekiranya nilai-nilai murni diketepikan oleh masyarakat, maka lahirlah generasi yang bersifat individualistik. Bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan politik yang baik, perpaduan merupakan resepi dan adunan yang terbaik dan kunci utama khususnya bagi rakyat yang berbilang kaum. Sebagai rakyat yang tinggal di negara Malaysia, kita perlu berterima kasih kepada pihak kerajaan dalam mengekal dan menjamin keamanan serta perpaduan di kalangan rakyat. Tanpa elemen perpaduan, mustahil rakyat Malaysia dapat mengecapi nikmat kemakmuran dan keharmonian seperti yang kita kecapi hari ini. 





Older | Newer
Template by Nurah. Tuto from WA. Icons from Pixel. Music by Yonghwa. Colour from HTML

music