<


//devoted soul !

//01



Home bosses credits Linkies




BATAS BATAS PERGAULAN
Saturday, 11 March 2017 | 0 Superman(s)


Pendahuluan

Image result for batas-batas pergaulan


            Dalam dunia ini, Allah S. W. T telah menciptakan dua kaum yang berbeza jantina iaitu lelaki dan perempuan dan lainan a. Dia juga telah menciptakan Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan yang berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Di dalam kehidupan ini, dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang melibatkan tugasan- tugasan sekolah ataupun tugasan- tugasan kerja, pasti akan berlakunya pergaulan di antara lelaki dan perempuan di dalam masyarakat kini.

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “ khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur. Melalui konteks ini, pergaulan (ikhtilat) bermaksud bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang dah kahwin) di satu tempat yang berlaku interaksi dalam bentuk pandang- memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bermakna ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Perkara ini berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri daripada dua orang sahaja.


Pergaulan bebas pada zaman ini semakin berleluasa. Contoh pergaulan bebas antara para remaja lelaki dan perempuan perempuan dengan perempuan , lelaki dengan lelaki , islam dengan bukan islam. Kes- kes maksiat seperti pembuangan bayi, menyukai sesama jantina, berzina, dan lain-lain telah menjadi salah satu budaya dalam negara kita, Malaysia. Abu Hurairah r. a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Orang- orang yang terbaik di antara kamu ialah orang- orang yang paling lanjut usianya di antara kami dan yang paling baik di antara kamu dari segi akhlaknya”


Hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan

            Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain ynag pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita 
dan hukum solat jumaat bagi wanita.


BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN



i) Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana darurat

Dalam syarah Sahih Muslim, al- Imam al- Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hukum berkhalwat antara wanita dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang wanita bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya.

ii)  Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana keperluan

Pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ ie adalah dibolehkan. Antara keperluan- keperluan Syar’ ie ialah :

·       Pergaulan antara lelaki dan wanita untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta)

Pergaulan antara lelaki dan wanita untuk tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlakunya interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas- batas syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.

·       Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa bekerja

Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan wanita. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat kedua- dua pihak menjaga batas- batas syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur- unsur fitnah dan tidak berkhalwat.


·       Pergaulan di antara lelaki dan wanita semasa menjadi saksi

Wanita boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes- kes yang ditentukan oleh syarak bahawa wanita dibolehkan menjadi saksi seperti wanita harus menjadi saksi dalam kes- kes harta dan hak- haknya.

iii) Pergaulan mengikut kebiasaan adat dalam majlis

Pergaulan di antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri kerana sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas- batas syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas- batas syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan wanita tidak dibolehkan. Walaubagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan wanita semasa makan dan lainnya dalam majlis- majlis ini adalah lebih baik. Perkara ini didasarkan kepada kaedah “ Sadd al- Zari’ ah” (menutup pintu- pintu fitnah).

iv) Pergaulan di antara lelaki dan wanita semasa belajar

Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar dibolehkan dengan syarat mereka belajar dalam kumpulan di mana perkara ini dapat mencegah daripada berlakunya fitnah dan
khalwat.


Image result for adab pergaulan antara lelaki dan perempuanRelated image














BATAS-BATAS PERGAULAN SESAMA MUSLIM

Dalam hal menjaga aurat, Nabi pun menegaskan sebuah tata krama yang harus diperhatikan, beliau bersabda: “Tidak dibolehkan laki-laki melihat aurat (kemaluan) laki-laki lain, begitu juga perempuan tidak boleh melihat kemaluan perempuan lain. Dan tidak boleh laki-laki berkumul dengan laki-laki lain dalam satu kain, begitu juga seorang perempuan tidak boleh berkemul dengan sesama perempuan dalam satu kain.” (HR. Muslim)



Perempuan dengan perempuan / Lelaki dengan lelaki :


-Perlulah menjaga hubungan antara agama dengan tidak menghina agama lain.

-bersikap terbuka dan hormat menghormati dengan orang bukan islam supaya agama      islam lebih mudah dan senang untuk mereka dekati.

-sentiasa menjaga aib mereka dari orang luar.-menasihati satu sama lain dan membimbing ke arah keradhaan Allah.

-tidak merendahkan martabatnya walaupun di depan perempuan atau lelaki lain.

-kita perlulah memberi pertolongan kepada mereka ketika susah dan tidak kedekut dalam memberikan sumbangan kepada mereka walaupun mereka bukan seagama dengan kita.

-menjaga aurat sesama sendiri walaupun di dalam bilik.



Punca-punca berlakunya pergaulan bebas

a)     Kurangnya perhatian dan didikan agama daripada ibu bapa terhadap anak mereka

Apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak mereka, maka bermulalah di saat itu seorang anak mencari perhatian dengan bergaul bersama- sama kawan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Maka apabila seseorang remaja perempuan berasakan rakan lelaki lebih memahami hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka di situlah bermulanya pergaulan secara bebas di antara remaja perempuan itu dan lelaki itu tanpa memikirkan soal batasan dalam pergaulan mereka.

Kurangnya didikan agama yang diberi oleh ibu bapa kepada anak mereka juga menjadi punca berlakunya pergaulan bebas. Walaupun remaja tersebut di hantar ke sekolah agama dan diajar tentang agama, tetapi penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal membabitkan pergaulan bersama jantina yang berlainan.

b) Pengaruh rakan sebaya dan juga media massa

Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan. Para remaja yang lemah imannya dan kurang cerdik akalnya akan mudah dipengaruhi oleh rakannya yang mempunyai ahklak yang buruk. Apabila remaja tersebut mempunyai sifat seperti di atas, memang tidak mustahil akan berlakunya pergaulan bebas dan mempunyai akhlak yang buruk disebabkan tiadanya pegangan iman yang kukuh dan juga tidak mahu dianggap kolot oleh rakannya yang lain. Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban yang berbunyi:

“ Manusia itu (diukur) atas kelakuan temannya, sebab itu hendaklah seseorang kamu meneliti siapa orangnya yang diambil menjadi teman”.

Dan sabdanya yang lain:

“ Awas anda berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda jadi sama seperti dia”.

Tambahan, media massa memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan para remaja. Media massa seperti televisyen yang menayangkan adegan pergaulan secara bebas menjadi faktor pendorong para remaja terjebak dalam gejala pergaulan bebas.

Kesan- kesan buruk tidak menjaga pergaulan sesama manusia


Image result for stop pergaulan bebas


1)  Keruntuhan akhlak

Salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks.


2) Tersebarnya anak luar nikah

Menurut statistik yang telah dibuat di New York pada tahun 1983, lebih daripada satu pertiga bayi yang lahir pada tahun tersebut adalah anak luar nikah. Kebanyakannya dilahirkan oleh pemudi yang berumur sekitar sembilan belas tahun dan ke bawah. Bilangannya secara tepat ialah 112,353 orang bayi iaitu 37% daripada bilangan bayi yang lain di New York.


3) Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin

Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu.

4) Berlakunya banyak perceraian dan keruntuhan rumahtangga

Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain dari tahun ke tahun.


5) Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut


Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini


Cara mengatasi batas-batas pergaulan

a) Mekukan aktiviti yang positif 


Kegiatan yang positif adalah lawan dari kegiatan yang buruk. Jika seorang anak telah sibuk waktunya dengan pelbagai perkara yang boleh menyebabkan tekanan, secara automatiknya dia boleh terjebak dari pengaruh pergaulan bebas. Maka ibu bapa perlulah memperhatikan kegiatan anaknya. Berikan kegiatan yang menunjang prestasi sekolahnya dan memperbaiki akhlak serta ilmu agamanya. Anak adalah aset berharga yang boleh menghargai waktu. 


b) Memilih kawan Yang Baik


Cara mengatasi pergaulan bebas menurut islam adalah dengan memilihkan anak sahabat yang baik. Sabahat anaknya perlulah yang rajin belajar, suka mengaji dan sering melakukan solat. Sahabat memiliki pengaruh yang sangat besar bagi pandangan hidup dan tingkah laku anak. Meskipun dahulunya anak berakhlak baik, namun jika dalam perkembangannya bergaul dengan anak nakal, suka ponteng sekolah, suka bergaul bebas, anak lambat laun akan terpengaruh juga. 


c) Tegakkan Aturan Agama


Terkadang bagi ibu bapa perlu tegas pada anak. Terutama jika anak sudah menunjukkan gejala yang bertentangan dengan Islam. Jika anak sudah ada tanda menyukai pergaulan bebas, maka cara mengatasi pergaulan bebas ini adalah dengan tegas melarangnya. Biarlah pada awalnya anak tidak menyukai, namun tindakan tersebutitu demi masa depannya 


d) Menanamkan Nilai Islam


Cara terbaik mengatasi pergaulan bebas menurut islam adalah dengan menanamkan nilai Islam pada anak. Jika anak sudah berpegang teguh pada keyakinan aturan Islam, dia tidak akan melirik keinginan pergaulan bebas. Bahkan sepintas lalu melihat pelaku pergaulan bebas, dia akan marah (meskipun dalam hati) dan segera menjauhinya. Hal ini jadi apabila anugerah dari Allah bagi pemuda yang berpegang teguh pada Islam. 


e) Mengajak Berpikir Masa Depan


Bagi ibu bapa mencuba mengajak anak-anak untuk berpikir masa depan. Apa yang ingin dicapai anak dan menjadi cita-citanya. Dengan cita-cita itu, secara umum untuk boleh menggapainya harus berusaha keras, rajin belajar, dan tidak terjebak dalam pergaulan bebas. Hal ini supaya menjadi penyedaran bagi anak-anak tentang bahayanya pergaulan bebas.


Kesimpulan


Image result for cara mengatasi pergaulan bebas




        Seperti yang kita lihat pergaulan bebas ini memberikan impak yang negatif berbanding positif dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. Individu tersebut akan terjerumus ke arah penzinaan, masyarakat pula terpaksa menahan malu melihat kedangkalan individu ini dalam menyelesaikan masalah mereka seperti membuang bayi dan negara pula terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk peruntukan untuk membina tempat perlindungan bagi remaja perempuan yang mengandung anak luar nikah dan bayi yang dibuang. Semua ini tanpa kita sedari, hanya satu aktiviti, ia melibatkan seluruh pihak di sesebuah negara.



        Antara lain, dalam mencegah pergaulan bebas daripada berleluasa, ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dengan menunjukan contah tauladan yang baik kepada anak mereka sedari anaknya masih bayi. Seperti kata pepatah mencegah lebih baik daripada merawat. Para remaja juga haruslah mengambil inisiatif dengan lebih mempelajari agama Islam dan mengukuhkan iman mereka agar tidak terpesong dari landasannya.



        Kesimpulannya, pergaulan bebas tidak akan terjadi jikalau semua pihak membanting tulang mencegah aktiviti ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita haruslah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakan akhlak remaja kita dan janganlah kita tunggu sehingga Allah S. W. T yang menurunkan bencananya. Wallahualam.Adat bersendi syarak,syarak bersendi kitabullah..




| Newer
Template by Nurah. Tuto from WA. Icons from Pixel. Music by Yonghwa. Colour from HTML

music