<


//devoted soul !

//01



Home bosses credits Linkies




PENYEBARAN FITNAH
Saturday, 11 March 2017 | 0 Superman(s)



Image result for PENYEBARAN FITNAH

                             PENGENALAN

Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.
Pada zaman dahulu, fitnah disebarkan melalui lisan dan penulisan yakni surat. Proses menulis dan menghantar surat biasanya lambat. Akan tetapi, disebabkan hawa nafsu yang menguasai diri, setiap pemfitnah akan berusaha menyebarkan berita fitnah itu dengan cepat melalui pelbagai cara dan kaedah. Keadaan ini berbeza dengan zaman sekarang. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta perkembangannya yang terlalu pesat, setiap berita, cerita, fitnah dan sebagainya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan pantas. Malah ianya tersebar tanpa pengawasan daripada pihak yang berwajib.

Keupayaan seseorang dalam menyampaikan maklumat kepada pihak lain tidak dapat dikawal. Namun, ianya hanya dapat dikawal oleh individu itu sendiri. Kita tidak menafikan kebaikan teknologi maklumat dalam kehidupan kita seharian. Dengan kemajuan yang ada perkembangan teknologi dapat membantu dan memudahkan urusan harian seseorang. Sebagai contoh dalam urusan pembayaran bil, pembelian barangan keperluan, dan sebagainya. Ianya dapat dilakukan secara atas talian (online) dengan mengambil masa yang begitu singkat. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi ini juga memberi kesan yang negatif dalam kehidupan kita seharian. Fitnah dan berita palsu dapat disebarkan oleh sesiapa sahaja. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai anasir negatif seperti pergaduhan, perhubungan bebas dan sebagainya.

MAKSUD FITNAH

Fitnah daripada sudut bahasa ialah ujian dan cubaan. Sebagai contoh ialah proses “menguji emas”, iaitu proses melebur emas di atas api bagi mengetahui ketulenannya. Fitnah kepada manusia ialah menguji dengan kekerasan dan penyeksaan
Kita sering terdengar perkataan fitnah yang disebut oleh masyarakat. Ramai dalam kalangan kita hanya mengetahui bahawa fitnah hanya boleh berlaku melalui lisan, penulisan. Sedarkah kita bahawa fitnah juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya melalui lisan dan penulisan sahaja. Umumnya, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak dapat memahami maksud fitnah dengan tepat.
Sabda Rasulullah s.a.w : “Mengumpat ialah kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka. Para sahabat bertanya: bagaimana kalau yang diperkatakan itu benar berlaku pada saudara kami? Jawab Rasulullah s.a.w, jika apa yang kamu perkatakan itu benar maka kamu telah mengumpat saudara kamu. Tetapi sekiranya tidak benar, maka kamu telah melakukan pembohongan (fitnah) terhadapnya.”(Omar, 2005)
Berdasarkan hadis berkenaan, jelas bahawa baginda Rasulullah s.a.w tidak suka akan perbuatan mengumpat dan memburukkan orang lain. Walaupun apa yang diperkatakan itu adalah benar. Namun ianya tidak disukai oleh baginda kerana perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah individu tersebut. Apatah lagi, sekiranya perkara yang diumpat itu tidak benar. Berlakulah pembohongan dan juga fitnah.
Perkataan fitnah merupakan perkataan arab yang membawa maksud ujian dan cubaan. Terdapat pelbagai tafsiran dan pendapat mengenai fitnah. Ibnu Manzur berkata: Al-Azhari dan lainnya berkata:“Asal makna fitnah adalah الإبتلاء (cubaan), الإمتحان (Ujian) dan الإختبار (ujian).”Ada juga yang menafsirkan fitnah adalah syirik kepada Allah swt. Firman Allah, Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah

Image result for PENYEBARAN FITNAH


KISAH PADA ZAMAN DAHULU MENGENAI FITNAH 

Ada seorang lelaki kaya pergi ke pekan dengan tujuan hendak membeli seorang hamba. Kemudian ditawarkan kepadanya seorang hamba lelaki yang tiada sebarang kecacatan kecuali ia gemar memfitnah. Oleh sebab lelaki tersebut menganggap memfitnah itu sesuatu perkara yang ringan dan remeh, maka ia telah bersetuju membeli hamba lelaki itu. Setelah agak lama berada di rumah majikannya, hamba itu mulalah merekayasa cerita dengan berkata kepada isteri majikannya bahawa suaminya ingin berkahwin lagi. Lalu hamba itu pun mencadangkan supaya isteri majikannya cepat-cepat menggagalkan perkahwinan itu dengan ubat guna-guna, iaitu dengan mengambil beberapa helai bulu roma di leher suaminya. Cara mengambilnya pula harus dengan menggunakan pisau yang tajam agar tidak terasa sakit sewaktu suaminya tidur. Oleh sebab si isteri ini benar-benar percaya lantas ia berusaha mendapatkan pisau yang tajam.
    Kemudian hamba itu pergi memberitahu tuannya dengan berkata, “Isterimu akan membunuhmu sewaktu kamu sedang tidur. Oleh itu tuan diharap berhati-hati dan perkara ini boleh dibuktikan dengan tuan berpura-pura tidur.” Maka benarlah ketika si suami berpura-pura tidur, tiba-tiba si isteri datang membawa pisau yang tajam. Ketika si isteri memegang leher suaminya, si suami segera bangun dan merampas pisau daripada tangan isterinya lalu terus membunuhnya. Maka pada keesokan harinya keluarga si isteri menuntut bela atas kematian tersebut dengan berbunuh-bunuhan antara kedua-dua belah pihak.               
   Kisah ini memberi dua pengajaran penting. Pertama, jenayah fitnah yang sedang membarah dalam masyarakat Melayu pada ketika ini tidak boleh dianggap suatu perkara yang ringan dan remeh, kerana ia boleh menimbulkan perpecahan, perbalahan, kemusnahan harta dan nyawa dalam masyarakat. Kedua, perlu menilai terlebih dulu kesahihan berita yang di sampaikan oleh seseorang (Surah al-Hujurat, ayat 6). Hal ini semata-mata untuk mengelak daripada terlalu tergesa-gesa dalam membuat sesuatu keputusan yang tidak baik berdasarkan sesuatu berita yang disebarkan. Ia boleh menyebabkan orang yang diberitakan itu mendapat hukuman padahal ia tidak melakukan kesalahan pun. Sedangkan si fitnah pula disanjung. Dalam hal ini jelas berlaku penginayaan dan kezaliman.

KESAN FITNAH 

 Secara lebih spesifik, jenayah fitnah dapat memberi kesan yang pelbagai. Berikut disenaraikan kesan jenayah fitnah dalam konteks yang pelbagai.
Pertama, fitnah terhadap ahli keluarga sendiri seperti anak memfitnah ibu bapa, ibu saudara memfitnah anak saudara, mertua memfitnah besan, sepupu dan biras. Pada suatu ketika dahulu, fitnah terhadap ahli keluarga ini tidak banyak berlaku, namun ia sering didengari pada masa kini. Terdapat beberapa sebab fitnah dalam kalangan ahli keluarga ini terjadi, antaranya seperti perbezaan kedudukan kekeluargaan, dan sikap bongkak serta menunjuk-nunjuk sehingga mengundang kebencian orang lain. Sikap fitnah ini boleh mengundang keruntuhan rumah tangga, kerenggangan hubungan kekeluargaan, saling tidak percaya-mempercayai, ungkit-mengungkit dan seterusnya membawa khabar dan cerita yang tidak berkesudahan. Jelasnya, ia akan menghancurkan institusi kekeluargaan itu.
Kedua, fitnah terhadap masyarakat. Ia boleh berlaku dalam konteks bangsa dan agama. Perselisihan faham dan salah tanggapan boleh meruntuhkan institusi sosial. Sebagai contoh, apabila Islam dilabel sebagai agama keganasan, ia adalah satu fitnah kerana hakikatnya Islam bukanlah sedemikian. Tuduhan terhadap Islam tidak boleh didasarkan kepada umat, sebaliknya ia perlu dilihat kepada sistem itu sendiri. Kewujudan fenomena Islamofobia adalah kesan fitnah kepada masyarakat Islam. Kesannya, Islam telah dipandang serong oleh masyarakat umum sehingga berlaku kekecohan dan peperangan. Sebenarnya ini adalah sikap salah faham yang perlu dibendung dan tidak menjadi barah dalam masyarakat. Begitu juga kepercayaan lain, penghormatan tetap perlu diberikan tanpa ada rasa prejudis atas asas kemanusiaan.
Dalam konteks bangsa, pertelingkahan yang berlaku kadang-kala wujud disebabkan unsur-unsur fitnah dan tuduh-menuduh tanpa usul periksa. Kesannya, sentimen perkauman boleh timbul dan menyebabkan huru-hara serta kadangkala boleh berlaku peperangan. Keadaan ini boleh membantutkan sebarang usaha positif ke arah perdamaian. Sentimen ragu-meragui antara satu sama lain juga boleh timbul walaupun setelah berlaku perdamaian. Fitnah membawa kesan negatif sehingga boleh menumpahkan darah.
Ketiga, fitnah terhadap pemimpin. Rata-rata fitnah terhadap pemimpin berpunca dari sumber maklumat yang diperoleh. Biasanya fitnah terhadap pemimpin ini timbul kerana perbezaan fahaman sehingga kita melabelkan seseorang dengan perkara yang tidak sepatutnya. Namun begitu, tidak dinafikan juga terdapat segelintir pemimpin dalam organisasi-organisasi tertentu yang sengaja membiarkan atau mendedahkan diri kepada fitnah oleh para pekerja sendiri atau orang ramai. Hakikatnya, tindakan seorang pemimpin mestilah mencapai tahap hikmah agar persepsi terhadap tindakan yang dilakukan sentiasa positif

PENYEBARAN FITNAH MELALUI MEDIA SOSIAL

Image result for penyebaran fitnah

“Perangkap alam maya” diertikan sebagai penyalahgunaan atau menggunakan teknologi komputer dan telekomunikasi tidak sebagaimana yang sepatutnya dan bertentangan dengan agama, undang-undang serta tatasusila masyarakat. Selain itu, ia juga turut termasuk penyebaran fitnah iaitu kata dusta, tuduhan dan berita palsu bertujuan memburukkan atau mengaibkan seseorang atau sesebuah institusi.

Apa yang menyedihkan ialah pada zaman moden era teknologi dan globalisasi ini, perbuatan fitnah mudah berlaku dan tersebar dalam pelbagai saluran media massa dan elektronik, bahkan ianya semakin berleluasa melalui laman-laman sesawang atau blog serta laman-laman sosial seperti facebook dan twitter.

Percayalah..menggunakan laman sosial untuk menyebarkan fitnah dan menjatuhkan seseorang sebenarnya adalah strategi musuh islam yang telah berjaya digunakan untuk menjatuhkan beberapa negara islam di timur tengah. Maka jika kita juga menyebarkan fitnah, sesungguhnya kita juga akan menjadi penyumbang untuk menghancurkan agama islam dan umatnya.

Mengapa ianya berlaku dan apakah puncanya? Ia berlaku kerana maklumat dari internet dan sistem telekomunikasi seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) telah dijadikan sebagai sumber informasi utama masyarakat kita pada hari ini.

Segala informasi dan berita ini pula banyak bersandarkan kepada niat dan nafsu jahat serta emosi yang tidak mengikut syariat. Seterusnya, sikap mudah menerima berita dan menyebarkannya tanpa usul periksa samaada maklumat yang diterima benar atau sebaliknya. Inilah sikap yang amat ditegah oleh Islam.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6:

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

            Waspadalah kerana fitnah merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Pembuat dan penyebar fitnah adalah sekeji-keji manusia. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana riwayat al-Bukhari Rahimahullah daripada Huzaifah RA:

Bermaksud: “Sekeji-keji manusia ialah mereka yang berjalan menabur fitnah, mereka yang melaga-lagakan di antara insan yang berkasih sayang dan mereka yang mencari-cari kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah.”


   Image result for GAMBAR TENTANG FITNAH


CARA MENGHINDARI FITNAH

Related image
1.      Berhati-hati dalam memilih teman
Teman yang baik tidak akan membicarakan keburukan anda untuk sekedar menjadikannya sebagai bahan gosip. Teman yang baik merupakan teman yang tulus berbuat baik tidak hanya di depan namun juga di belakang anda. dalam memilih teman harus selektif terlebih jika anda merupakan tipe orang yang sering membicarakan hal pribadi dengan teman anda. Perlu diingat untuk tidak memilih teman yang suka membicarakan keburukan orang lain di depan anda. Ketika anda memiliki teman yang seperti itu ada kemungkinan jika anda akan menjadi bahan gosip ketika teman anda tengah mengobrol dengan yang lain. Seorang teman yang baik adalah mereka yang selalu mengajak anda melakukan hal-hal yang positif. Anda tidak perlu ragu dan takut untuk meninggalkan teman yang mengajak pada keburukan.
Image result for santai di rumah
2.      Lebih banyak di rumah
Lebih banyak menggunakan waktu anda di rumah, dapat menghindarkan anda dari gosip- gosip yang tidak perlu. Semakin banyak anda keluar rumah dan ikut nimbrung ketika seseorang sedang bergosip, maka tinggal menunggu waktu saja hingga anda dijadikan target gosip yang berikutnya. Lebih banyak menggunakan waktu di rumah, tidak berarti tidak ada kerjaan yang dapat anda lakukan karena ada banyak sekali aktivitas yang dapat anda lakukan seperti membaca atau jenis kegiatan lainnya. Lebih banyak berada di rumah juga membantu anda untuk lebih dekat dengan keluarga serta menjauhkan anda dari fitnah.
Image result for hindari bergosip
3. Hindari menggosip
Berhenti untuk menggosipkan orang. Ketika anda menggosip, orang yang menjadi bahan gosipan terkadang tidak terima dan balik menggosipkan anda. Di dalam gosip sendiri terdapat begitu banyak fitnah yang tersebar. Singkatnya, bagi anda yang tidak ingin menjadi bahan gosip ataupun bahan fitnah tentu anda tidak boleh juga menfitnah orang. Tahan lidah anda untuk tidak membicarakan orang lain. Gosip tidak hanya dapat terjadi secara lisan namun juga tulisan. Mengingat banyaknya media sosial yang ada, sebaiknya anda menahan diri untuk menggunakannya sebagai media menggosip dan memfitnah. Jauhkan diri dari banyaknya hal buruk yang berupa lisan maupun tulisan entah di dunia nyata maupun dunia maya. Dalam media online, sebaiknya anda dapat menjaga diri anda dengan baik.
Related image
4. Berperilaku baik
Langkah seterusnya adalah dengan tidak membiarkan orang memiliki kesempatan untuk memfitnah anda. Hal ini dapat dilakukan dengan cara berperilaku baik dimanapun anda berada. Tidak hanya di dalam rumah, namun di luarpun anda harus berperilaku baik. Perilaku baik membuat anda dicap sebagai orang yang baik dan pastinya tidak akan ada yang berusaha memfitnah anda. Sekalipun anda difitnah, akan banyak orang yang tidak percaya dan mengganggapnya sebagai angin lalu. Perilaku yang baik membuahkan hal yang baik pula seperti mendapatkan teman yang juga baik.
Image result for pergi kemasjid
5. Langkahkan kaki pada tempat yang baik
Cara yang satu ini merupakan cara efektif bagi anda agar terhindar dari fitnah. Langkahkan kaki anda pada tempat-tempat yang baik saja. Beragam tempat yang membuat anda terkena bangak fitnah biasanya tempat-tempat yang tidak baik seperti klub malam, tempat nongkrong dan lain sebagainya. Jaga baik-baik diri anda supaya tidak melangkah pada tempat yang terdapat banyak maksiat dan banyak hal buruk di dalamnya.
Image result for perasaan kasih sayang
6. Tumbuhkan rasa sayang
Menumbuhkan rasa sayang bukan hanya untuk keluarga melainkan juga untuk semua. Rasa sayang sendiri mampu merendam datangnya fitnah. Hal ini dikarenakan rasa sayang yang besar sehingga tidak akan ada yang mencela anda begitu pula sebaliknya. Rasa sayang terhdap sesama dapat dipupuk dengan melakukan tindakan-tindakan yang baik. Ketika anda baik kepada orang tentu balasan yang anda dapatkan juga baik dan begitu pula sebaliknya ketika anda berbuat buruk pada orang lain, maka keburukan jugalah yang akan anda dapatkan.
Image result for elakkan daripada bercakap banyak
7. Jangan terlalu banyak berbicara
Ada banyak sekali cara menghindari fitnah dimana salah satunya adalah dengan menghindari sifat gemar berbicara. Berbicaralah seperlunya saja dengan perkataan yang jujur dan tidak dibuat-buat. Sikap terlalu banyak bicara membuat anda mudah mengumbar rahasia orang yang dia percayakan pada anda. Hal ini dapat berdampak buruk terutama jika orang tersebut tidak terima dan mulai memfitnah anda balik. Buatlah orang lain percaya pada anda dengan tetap menjaga rahasia mereka dengan baik.

Image result for ilustrasi carton tentang penyebaran fitnah


Kesimpulannya.......
 fitnah merupakan penyakit hati yang sangat berbahaya. Kerana kesan yang ditimbulkan sentiasa negatif dan tidak akan pernah positif. Luka yang digoreskan atau ditusukkan oleh fitnah lebih tajam daripada pedang. Kehancuran akibat fitnah lebih dahsyat daripada serangan bom senjata peluru berpandu. Fitnah boleh merosakkan hubungan silaturahim, memporak-perandakan sesebuah keluarga dan masyarakat, dan ia juga boleh menghancurkan sesebuah agama dan kaum.
 Jadi, fitnah adalah bentuk kezaliman yang ditegaskan atas tiga perkara iaitu berpaksikan pada kedustaan, kedengkian sebagai alasannya dan kemunafikan sebagai atapnya. Orang yang suka menfitnah ini berjalan dengan baju kesombongan mengikut kehendak hawa nafsu dan pujukan syaitan. Otaknya dikotori dengan prasangka buruk. Hatinya juga beku, sukar untuk menerima kebenaran dan merasakan dirinya sentiasa betul sehingga cemburu apabila orang lain mendapat kejayaan. Kebahagiannya di atas penderitaan orang lain. Kehidupannya terlena dengan tipu daya syaitan. Akidahnya dijual hanya untuk memperolehi kesenangan dunia semata-mata. Ingatlah, Rasulullah SAW bersabda,
 "Bahawa fitnah dapat muncul dari kebodohan merajalela, ilmu telah tercabut, dan banyak pembunuhan serta kekacauan.”(HR Bukhari-Muslim)
Untuk mecegah penyebaran fitnah atau menghindari fitnah, kita mesti memupuk silaturahim antara manusia. Yang kedua ialah selalu berbuat baik kepada sesiapapun, kerana kebaikan hati adalah benteng pertama agar kita dapat terhindar dari fitnah. Yang ketiga, semampu  mungkin hindari dari persaingan yang tidak sihat kerana persaingan yang tidak sihat banyak kesan negatifnya. Salah satunya adalah menyebarkan fitnah sebagai satu alat untuk menjatuhkan pesaing. Keempat, membina imej yang baik di mata masyarakat, dimana ia merupakan benteng paling kukuh untuk mengelakkan diri difitnah atau menfitnah.
 Oleh itu, Kita harus berwaspada dan berhati-hati terhadap fitnah, juga terhadap orang yang suka menfitnah. Kerana mereka tergolong  dari orang yang munafik, kufur nikmat dan berpotensi menjadi pengkhianat.






Older | Newer
Template by Nurah. Tuto from WA. Icons from Pixel. Music by Yonghwa. Colour from HTML

music