<


//devoted soul !

//01



Home bosses credits Linkies




Keprihatinan Sosial
Monday, 13 March 2017 | 0 Superman(s)

Aspek Agama
Islam ialah agama yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik antara manusia. Pada peringkat awal dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, Baginda telah meletakkan perpaduan sebagai asas dalam pembentukan masyarakat.Menurut Roslan (2010), aspek perpaduan dapat dilihat ketika Rasulullah SAW membuat satu perjanjian yang dikenali  sebagai Piagam Madinah untuk mendirikan sebuah Negara yang menjadi pelindung kepada rakyat. Inti sari Piagam Madinah adalah seperti berikut :
1)          Kaum Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin,kedua-dua pihak bebas     
mengamalkan ajaran masing-masing.
2)          Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh dan berkerjasama melawan sesiapa sahaja yang memerangi mereka.
3)          Perdamaian dengan pihak lain hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
4)          Sesiapa yang tinggal di luar kota Madinah akan dilindungi kecuali orang yang zalim dan bersalah.
5)          Sekiranya timbul perselisihan antara kaum Yahudi dengan Muslim, maka penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah SWT (al-Kitab) dan Rasulullah SAW yang merupakan pemimpin umum penduduk Madinah.
Sirah Nabi Muhammad SAW jelas menunjukkan bahawa pentingnya penyusunan dalam masyarakat berteraskan ilmu. Perpaduan antara kaum pula adalah sebagai manifestasi daripada kejayaan Negara Islam Madinah yang memberikan perlindungan kepada semua rakyat tidak kira sama ada agama, bangsa mahupun warna kulit.

Image result for GAMBAR PUSAT KEAGAMAAN DI MALAYSIAImage result for GAMBAR PUSAT KEAGAMAAN DI MALAYSIA
   
Image result for KUIL         Image result for KUIL

Aspek Bahasa
Menurut Awang Sariyan (2010), pendidikan bermula bersama-sama dengan wujudnya manusia selaras dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur yang dimiliki manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. Ulama Islam dari zaman ke zaman mengistilahkan manusia sebagai hayawan natiq ( rational animal ). Keunggulan berbahasa telah diajar oleh Rasullah SAW, di mana Baginda menjelaskan bahawa sesuatu komunikasi bergantung kepada yang berikut:
1.          Makna terhadap kata-kata yang diucapkan. Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang tidak terkecuali untuk dihisab atau dikira oleh Allah SWT.
2.          Setiap ucapan mempunyai kesannya. Oleh itu,  lidah perlulah dijaga supaya tidak mendatangkan keburukan dalam hidup bermasyarakat. Bahaya lidah lebih menyakitkan daripada kesakitan yang dilakukan oleh tangan. Pepatah bahasa Arab ada menyatakan bahawa, “ Luka akibat pedang boleh disembuhkan, tetapi luka kerana lidah tidak akan dapat diubati “ ( Arifin Badri, 2013 ).

Aspek Adat Resam
Ketinggian peribadi dan keunggulan masyarakat bergantung kepada keupayaan mereka menghormati orang lain serta budaya mereka. Insan yang terhormat ialah orang yang menghormati adat resam dan kesopanan dalam kehidupan bermasyarakat, kepercayaan, tradisi dan adat istiadat orang lain. Sebagai contoh, dalam ajaran Islam, seseorang itu digalakkan agar sentiasa menghomati tetamu sehinggakan menjadi kewajipannya untuk menyediakan ruang rehat dan layanan yang baik,makanan yang cukup serta menghantar mereka pulang dengan perasaan yang gembira.

Aspek Pakaian
Islam secara jelas telah menggariskan panduan untuk umat Islam dalam tatacara berpakaian. Antara adab-adab berpakaian yang terdapat dalam Islam adalah seperti yang berikut;
1)          Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian daripada sutera.
2)          Pakaian tidak melebihi buku tali. Pada dasarnya, larangan ini adalah kerana menghindar daripada perasaan takbur dan riak.
3)          Khusus bagi wanita hendaklah menutup tumitnya atau melabuhkan pakaiannya.
4)          Digalakkan memakai pakaian berwarna putih kerana kelihatan bersih, namun seseorang itu masih boleh memakai pakaian yang berwarna lain.
5)          Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian wanita dan begitu juga sebaliknya.



Aspek Kegiatan Ekonomi
Perniagaan atau kegiatan ekonomi merupakan satu usaha murni dalam memenuhi keperluan kehidupan individu serta masyarakat terutamanya dalam masyarakat Islam. Oleh itu, Islam menggalakkan dan mengharuskan umatnya berniaga mengikut syariat Islam.
Antara etika dan adab perniagaan atau bermuamalah dalam Islam adalah seperti yang berikut:
1.            Peniaga atau pengusaha perlu beriman, bertakwa, memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diceburi, amanah dan dedikasi.
2.            Bahan perniagaan mesti baik, halal, berkualiti dan mendatangkan manfaat.
3.            Mengurus perniagaan secara adil, jujur dan mengikut syariat Islam.
4.            Sumber kewangan yang halal.
5.            Tujuan perniagaan atau bermuamalah adalah untuk mendapatkan keuntungan, meletakkan kepuasan pelanggan sebagai tujuan utama dan untuk peningkatan modal.

6.            Matlamat perniagaan adalah untuk membina masyarakat bahagia dan diredhai Allah.



Older |
Template by Nurah. Tuto from WA. Icons from Pixel. Music by Yonghwa. Colour from HTML

music